aku bukan pokok dedalu
hidup menumpang tak sedar diri
makanan semua disebat tuan rumah terbunuh
meliar angkuh jauh di hujung pucuk
aku bukan mimosa pudica
disentuh menyorok kononnya malu
pantang tersangkut calar kulit tak beringat
duri kecil tapi boleh tahan menyengat
aku bukan pokok perangkap lalat
cantik rupa saiz kecil memang memikat
nafsu besar bagai raksasa
memang dasar pemangsa
aku bukan mawar berduri
yang indah dipandang bau terkenang
tercucuk duri memang tak tipu sakitnya
nak menjaga punyalah banyak kerenah
teralih perhatian merajuk menyembah tanah
apa-apa pokok pun bukan aku
kerana aku manusia yang emosinya tak berkala
hati berbunga tapi tak mekar
warnanya suram baunya kelam
manakan tidak jika disiram dengan air longkang
sampah yang menjadi baja kerap pula ditabur
mana mungkin hidup menyubur
No comments:
Post a Comment