Sahabatku telah sedia menanti dikereta.Paper beliau habis setengah jam awal.Demi meneruskan niat asal untuk mengambil yuran kelas degree++ yang telah dibatalkan,kami terus menuju ke pejabat SPACE.Memandangkan ketiadaan parkir mereka menurunkan aku dihadapan pejabat manakala mereka menunggu di tempat lain.Ini sudah masuk kali kedua aku ke pejabat itu untuk memungut wang.Kali ini aku dikecewakan lagi sebagaimana kali pertama dulu.Dikatakan tempoh pemulangan wang hanya mengambil masa seminggu.Tapi ini sudah masuk dua minggu.Masih belum punya wang?Terasa diri bagai sipemungut hutang pula.Setelah meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi aku terus melangkah keluar dari pejabat.
Terbit juga api marah dihati,tapi berjaya dipadamkan.Terasa berkobar-kobar untuk menghamburkan kekecewaan kepada sahabat berdua didalam kereta.Rakus tangan aku menarik pemegang pintu kereta kancil yang sedia menunggu di hadapan pejabat.Eh?Rajin pula beliau ini mengunci pintu.Tangan sudah sedia diangkat untuk mengetuk tingkap,namun ada sesuatu yang membantutkan niatku.
Aku menyimpan semula tangan pabila terpandang wajah terkejut seorang jejaka ditempat duduk hadapan penumpang.Sekilas pandang aku mengerling pada kereta dihadapanku itu..Lorghhhhhhhhh...Salah kereta rupanya!!!!!!!!"Eh,sorry2",mulutku bermadah seraya mengangkat kedua-dua tangan tanda maaf kepada si jejaka yang kelihatan masih terpaku dek kejutan itu.Si jejaka tesengih ke arahku.Panas sungguh mukaku menahan malu yang bukan kepalang.
Tanpa membuang masa aku berpusing dan terus melangkah meninggalkan kereta itu.Niat untuk mencari kereta yang betul juga terpaksa direncatkan.Bak kata orang tua-tua,"sekali kau melangkah,usah kau menoleh ke belakang lagi".Sambil meraba-raba poket mencari telefon bimbit,hatiku terus-terusan berdoa,"Janganlah pemuda itu cam wajahku".Tidak pula ketemu dimana telefonnya.Ahh..tertinggal dalam kereta.Sekarang bagaimana?Adakah aku akan terus berjalan tanpa arah tuju sedang diri tiada medium komunikasi untuk menghubungi beliau berdua?
Aku memutuskan untuk terus berjalan mencari telefon awam yang berdekatan.Berkemungkinan besar rakanku akan pergi menjemputku dihadapan pejabat.Tapi untuk aku berpatah balik?Mana mungkin.Wajah ini masih bahang dek kerana malu.Sambil berjalan aku tidak berhenti mengomel memarahi diri sendiri.Apalah yang cuai sangat aku ni.Sudah terang lagi bersuluh kereta kawanku berwarna ungu dan yang kuketuk tadi hijau.Itu nasib baik pintunya berkunci.Kalaulah aku menonong saja masuk ke tempat duduk belakang sambil terus rancak membuka cerita..hah..itu lagi malu..Ish..Malu malu malu...MALU!!!!!!
Dalam aku membebel sendirian itulah aku bertembung dengan kereta kawanku yang kebetulan dalam perjalanan untuk menjemputku.Bergegar kereta dengan ketawa mereka tatkala aku menceritakan kisah memalukan tersebut.Itulah pengajarannya.Janganlah terlalu rakus nak bercerita.Kan dah salah kereta.
**Harap2 jejaka tu xcam aku n kitorg xkan terserempak kat mane2..aish..malu3...saje je nak post gune base baku.bosan..hehe
5 comments:
kah3..apa la ari..mintak pinjam f0n jejaka tu lain kali...
aku nak merenung jejaka tu pown dah xmampu..ade ati nak mntak pnjm phone..ko ingt ni iklan myk rmbut ke hape mntk pnjm phone masuk nmbo sniri..haha
haha..ak pena cam ko weyh...p ak punye lg terok kot. da la dye xknci pintu. ak hmpir2 msk lam kete dah...hahaha
ishhh3...ari2..len kli pndang dpan~~ ensem ke mmat tuh? perghh~ ley lak nk terslah ngan mmat ensem kan? haha!
dibah: fuh..seb bek kunci..elok2 lak seat blakang die kosong an..pergh kalo masuk mmg muntah darah thn malu..haha
izyan: xclear ah muke die..ish kalo ensem aku pakse gak die bukak pntu..haha
Post a Comment